Mafia War Hack Tool

Posted by eryramlee On Tuesday, February 2, 2010 0 comments



salam semua..
harini badak ada satu tools yang membolehkan sahabat semua menjadi hebat.
hebat dalam Mafia Wars tau.
khas untuk pengguna Mafia Wars Myspace

antara kelebihan tools ni adalah seperti :
  1. Boleh merekrut ramai pemain MafiaWars tanpa menambah kawan di Myspace
  2. Energy tidak akan berkurangan
  3. Health tidak akan berkurangan
  4. Stamina bertambah sebanyak 25 %
  5. Level meningkat lebih cepat.
mahukan tools ini?
tidak perlu bayar pun.
sila klik sini
semoga cepat naik level

Nuffnang Newbie Result

Posted by eryramlee On Monday, February 1, 2010 6 comments


klik untuk large view

arini badak berasa happy sedikit walaupun badak demam. alhamdulillah, nuffnang badak dah mula mendatangkan hasil. walaupun baru RM 1.75, badak berasa amat gembira. tapi badak kurang faham la pasal nuffnang ni. adakah satu klik bersamaan RM 0.25? kalau betul, hai kena tipu la badak ni. tinggal kan pesanan kat shoutbox, Milo!, Potato!, Astro!, banyak pula tu tapi hampa. kalau badak salah, minta ampun, badak pun baru lagi dengan Nuffnang ni. terima kasih kepada yang meng'klik' Nuffnang badak. jasa korang badak kenang sampai badak pupus.


klik untuk large view

sejak kebelakangan ni, badak sudah mula sibuk. jadinya badak kurang melakukan Blogwalking. badak minta ampun ya!


p/s : boleh terangkan tak macam mana Nuffnang ni?

Alkisah Hari Jumaat

Posted by eryramlee On Sunday, January 31, 2010 4 comments


sekadar hiasan
buat renungan sebentar
perasan atau tidak,
kita menyambut hari raya haji 2009 pada hari jumaat,
awal muharram 2009 hari jumaat,
hari thaipussam 2009 hari jumaat,
krismas 2009 hari jumaat,
tahun baru 2010 hari jumaat,
deepavali 2010 hari jumaat,
maulidur rasul 2010 hari jumaat,
hari wesak 2010 hari jumaat,
hari raya puasa 2010 hari jumaat,
last2 hari kiamat pun hari jumaat,

p/s : macam-macam sudah kita nampak pada hari ni. banyakkan beramal ibadah ok.

Jajan Campuran Lemak Babi

Posted by eryramlee On 10 comments

salam dan selamat pagi semua. pagi-pagi ni badak masih lagi tercari-cari widget dan blog trick yang terbaik untuk blog badak ni. susahnye. sampaikan badak termenung seketika. hehe. hari ni badak nak share sedikit info pasal makanan ringan. badak terjumpa di satu forum Malaysia. berkenaan 'Kod Lemak Babi dibungkusan keropok udang ROTA'



Di antara Kod E yang ada lemak babi

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,E430, E431, E432, E433,E434, E435,E436, E440,E470, E471, E472,E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482,E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904

untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati website Syubhah untuk lebih banyak lagi mengenai makanan halal dan haram ni.

p/s : lepas ni kalau nak makan jajan, tengok-tengok dulu ye!

Kedai makan...

Posted by eryramlee On Friday, January 29, 2010 8 comments

alhamdulillah, harini badak dapat gaks meng 'online' kan diri. harini badak ingin bercerita mengenai kedai makanan. apa yang cuba hendak badak ceritakan? begini, setiap hari badak selalu pergi 'minum' diwaktu petang or malam bersama rakan-rakan. selalunye badak akan turut memesan makanan seperti mee goreng (lau makan kat kedai, badak makan tu jek). oke, kalau makanan yang dipesan sudah sampai, kita buat ape? makan kan? (soalan bodoh~)


persekitaran kedai mamak

ape nie? tak paham la. oke macamnie, cube korang rase makan di situ dan cube bungkus makanan dan makan di rumah. mesti rasenye berbeza. betol tak? cube carik kedai makanan yang femes, mostly kedai makanan melayu and mamak. try makan disana dan try tapau makan dirumah. insyaallah lain rasenye.

sebab ape ek? mereka menggunakan pelaris. mungkin ramai yang tidak sedar akan bende ini. masih ade lagi yang layan perkare tahyul nie. sedih badak. rezeki halal ke haram tu ek? ade pulak tu, letak ditempat yg senang orang nampak. berani sungguh diorang nie.

so, sebelum badak melalut tak tentu arah nie, baik badak tamatkan cerita ini. kalau nak bukak kedai makanan tu, tolong la jangan ade unsur tahyul dalam perniagaan. badak pun mula da tidak makan dan minum di kedai itu. badak cari kedai lain. lastly badak masih bengang dengan segelintir manusia tu yang sudah nampak dan tahu perkara ini namun selalu pergi makan di situ. mungkin fikiran mereka sudah diracuni.

p/s : halal ke haram perniagaan mereka ni? fikir-fikir kan lah..

Status : Angry

Posted by eryramlee On Thursday, January 28, 2010 2 comments

hmm.. (dalam keadaan marah yang semakin berkurangan)
arini macam2 berlaku..
semuanye menyebabkan badak berase marah.

bermula pada petang tadi.
akak ipar badak mengajak badak dgn mak keluar ke Jitra..
badak pun setuju la,
mane ke tidaknye, da lama badak tidak pergi ke Jitra.

lokasi : dalam kereta
hadoi!! pening kepale badak bile ikot akak ipar badak nie.
kenape ye?
sebab macam2 hal berlaku. dengan anak die yang sorang tu menjerit, dengan yang sorang tu menangis nak mama die,
argh!!! tension nyer!!
akhirnye gunung berapi pertame meledak!!
badak memarahi si anak pertama akak..
terus diam semua..
hehe.. ade kuase vito beb.

lokasi : pasaraya yamata (entah yamata ke yawata, badak lupa)


disebelah kanan is Rayyan and sebelah kiri is Danish


hah! kali ni lagi perit
why?
sebab akak membuat perkare yang serabut.
ape die buat?
camni, akak nak belikan spender si Danish (anak pertame die)
so die suh la badak dukung si Rayyan and mak ikot skali..
bile da sampai dalam pasaraya, anan-anak akak nak itu la ini la..
haihz (T_T)
akak pun belikan la lollipop and mainan tok anak die
die piki kot-kot oke la anak-anak die pasni tak meragam.
silap sekali anggapan die, makin riuh pasaraya tu..
lepas bayar di counter, akak kate kat badak :

"alamak, sini tangga la, ingatkan eskelator, ery dukung adik and teman mak dudok kat luo jelah"


ayat nie menyebabkan badak mule bertambah marah.
dengan nada suara yang kuat badak mintak akak kunci kerete then terus belah pergi ke kereta.
mak hanya melihat dan follow badak dari belakang saje.

lokasi : dalam kerete, menunggu akak
yang nie besh sikit..
badak membiar kan rayyan bermain di tmpat driver manakala badak memerhatikan aksi si rayyan sambil mengutuk dengan mak.
mak pun sokong ape badak cakap kan pasal akak nie.
kalaulah abang badak (suami akak ipar) ade..
memang kene marah la akak,
bende simple dibuat susah.
nak belikan sorang jek, nak bawak semua..
ades..

lokasi : warung char kuey teow Gani
disini xde ape yang berlaku cume badak nak tunjuk kat korang rupa bentuk char kuey teow nie

yang nie special punye, badak tak tahu ape yang special sgt

sedap jugak, alah sekadar kuey teow yang dipenuhi dengan kuah die di tambah pula dengan bebapa bijik a.k.a ekor udang. tu jek.


lokasi : on the way balik uma
semua sudah senyap, si Danish sudah tido di kerusi depan, manakala Badak melayan Rayyan yang suke bergurau ^.^. at the same time, badak mulakan ber'sms' dengan sumone tu (kawan la). pabila sampai di Changloon akak mule bersuara,
"asyik sms jek, dengan sape la tu. awek ke?"
dalam hati badak,
"biarla, bukan aku ganggu ko pun, lau awek aku pun, kenape?"

lokasi : akhirnya sampai gak dirumah
semua da bersiap untuk tidor namun badak x mau tidor, cuz nak update blog badak nie untuk korang semua.


p/s : jangan buat perkare simple jadik susah and jangan berkate "pening kepale aku" sedangkan diri sendiri yang buat salah.

nuffnang berubah !!!

Posted by eryramlee On Wednesday, January 27, 2010 7 comments

hee.
saje je nak roger2 korang,
td badak open nuffnang jap ( da macam web penting jek ari2 bukak)
wah, diorang da pake theme baru.
tema tahun baru cine..
ekeke
cantik!!


click untuk large view